Slider

Bersahur dengan Sup Ayam. Simple tapi sedap

Thursday, March 28, 2024


Hai korang. Makin hari bersahur makin tak berselera nak makan. Selalunya aku beli makanan di bazar simpan untuk sahur. Tapi semalam, memang tak selera makanan bazar. Decide masak sup ayam, air asam dan ayam goreng.. Haaa barulah berselera sikit. Nasi pun bertambah walaupun sahur. haha.. Kadang-kadang kena ubah selera jugak kan..

Ayam dah memang ada dirumah. Cuma time aku balik dari kerja, singgah kedai beli daun sup, sup bunjut, kiub pati ayam, halia, kentang dan lobak merah.. Masak siap-siap time berbuka then simpan sikit untuk sahur..

Bila dah letak kiub ayam memang tak perlu tambah garam dah. Aku masak dalam periuk kecil je. Cukup la untuk dua orang makan. 

Air asam tu yang penting kena blend cili padi, bawang besar, belacan dan tomato. Baru sedap!




Read More

Air segar tekak di Casacuppas Bazar Aidilfitri Pekan Rabu

Wednesday, March 27, 2024

Passion Iced Tea, Baazar Aidilfitri Pekan Rabu Alor Setar,

Malam selepas berbuka puasa haritu, kami singgah di Bazar Aidilfitri Pekan Rabu, Alor Setar. Vibes ala-ala zaman dulu.. Cantik sangat. Ada booth makanan dan pakaian. Tempat duduk pun disediakan. Kalau nak lepak situ dulu pun boleh je. Mula tu aku nak beli coffee tapi disebabkan nak rasa fresh, order lah air passion iced.. Aku memang nak air yang masam-masam..

First time aku dengar Casacuppas! Rupanya dorang baru ja buka. Aku ada tengok di Instagram, memang baru nak berjinak-jinak bisnes di Instagram. Semoga bisnes anak muda ni berjaya. Ada tengok customer yang beli coffee dorang, memang bagi rate 4/5.. Nampaknya sedap lah tu.

Passion Iced Tea, Baazar Aidilfitri Pekan Rabu Alor Setar,

Untuk air Passion aku beli ni, sedap! Ada daun pudina. cumanya masam level 4.. Mungkin boleh kurangkan masam tu sikit. Maybe dia dengar kot, aku dok cakap dekat kawan aku "Aku nak air yang masam-masam ja. Tak mau manis".. hahaha kan dah kena masam betul..

Passion Iced Tea, Baazar Aidilfitri Pekan Rabu Alor Setar,

Sempat juga lah aku membeli perfume dan accesories cincin.. Murah gila weh! Perfume RM10. Bauan dia aku ambil vanilla. Of course sebab aku memang suka perfume yang bau manis. Cincin pulak RM3.. hehe. Comel tau!

Ah lagi satu sempat grab tudung Shawlpublika code Jasira! Aku memang dah lama usha dekat Tiktok. Cuma belum payment ja. haha.. Bila dah nampak ni apa lagi terus grab. Tak fikir dua tiga kali lagi dah. haha

Korang dah baca belum entri aku berbuka di Masjid Zahir? Kalau belum go now. haha. Paksa eh!

Passion Iced Tea, Baazar Aidilfitri Pekan Rabu Alor Setar,


Read More

Berbuka di Masjid Zahir Alor Setar. Cantik sungguh!

Tuesday, March 26, 2024

masjid zahir, dataran alor setar, masjid zahir alor setar,

Minggu lepas plan berbuka puasa dengan sahabat baik aku. Alhamdulillah semuanya Allah permudah. Kami berbuka dan sahur. Bukan senang nak luangkan masa bersama, sebab masing-masing ada jalan hidup sendiri. Tapi dapat juga curi masa.. Kami decide beli makanan di bazar dan berbuka di dataran depan Masjid Zahir. 

Aku spent RM15 untuk membeli di bazar ramadan. Kami beli nasi dan air saja. Alhamdulillah kenyang.. Kenyang dengan gambar dan video sekali. hahah.

masjid zahir, dataran alor setar, masjid zahir alor setar,

Mula tu plan memang nak makan dekat dataran. Tapi tudia aihhh sampai area situ jenoh cari parking. haha.. Ramai orang. Tapi Allah permudahkan urusan kami, dapat parking dan dapat tempat makan betul-betul sebelah masjid, walaupun bukan dekat dataran.

masjid zahir, dataran alor setar, masjid zahir alor setar,

masjid zahir, dataran alor setar, masjid zahir alor setar,

Gambar yang aku kongsi ni tak edit apa-apa filter.. Memang cantik langit semula jadi.. SubhanAllah, ciptaan Tuhan. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk tengok semua ni.

masjid zahir, dataran alor setar, masjid zahir alor setar,

Aku suka sangat gambar berlatarkan masjid. Selalu tengok Masjid Sendayan dan aku teringin nak ke sana.. Untuk yang sekarang kita bergambar masjid dekat-dekat dulu.. Rasa tenang sangat dapat tengok masjid dan langit.

Korang tengok lah sendiri video dibawah. Aku buat time-lapse.. Perubahan warna langit


Read More

Dapat 9 kuntum bunga mawar dari Flower Chimp

Monday, March 25, 2024

flower chimp, fresh flower, tempahan bunga segar,


Hai semua.. Happy betul aku dapat kejutan dari Flower Chimp.. Perempuan kalau dapat bunga tak kan tak suka kan.. Apatah lagi bunga real, fresh pulak tu! Sumpah cantik sangat. Apa yang bestnya tempah bunga di Flower Chimp ni, dorang ada banyak sangat pilihan bunga dan pelbagai range harga.. Dari murah ke paling mahal. 

Korang nak bagi hadiah dekat yang tersayang tapi tak tau nak bagi apa? haa cuba tahun ni bagi bunga pulak! confirm si penerima happy dengan hadiah korang tu. Cara nak order pun mudah je, boleh buat tempahan sehari sebelum. Ada 2 sesi, pagi dan petang.. Pilih ja masa yang korang nak.

Dalam happy tu, ada la story sedih sikit. Flower Chimp tak cover alamat rumah aku di Pendang.. huhu. Nasib baik lah aku cuba alamat rumah kakak aku di Sungai Petani. Rasanya kalau area Kedah, limit dorang delivery sampai Sungai Petani je.

flower chimp, fresh flower, tempahan bunga segar,

flower chimp, fresh flower, tempahan bunga segar,


Ada macam-macam jenis bunga tau, korang pilih je yang mana berkenan dihati. Aku jenis suka bunga mawar. Mula tu aku nak pilih yang warna pastel. Mawar pink dan putih. Tapi scroll punya scroll ternampak yang ni.. Merah kau. hehe..

Boleh request jugak nak letak notes. Tiada cas tambahan dikenakan.

flower chimp, fresh flower, tempahan bunga segar,

flower chimp, fresh flower, tempahan bunga segar,

Website : Flower Chimp

Read More